Posts

Image

Program Kesedaran Awam Mengenai Gempa Bumi Dan Tsunami, Dan Latihan Amali Tsunami 2017, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Image
#ARECS #NATUREC #KW44

MAJLIS PELANCARAN KELAB RADIO AMATUR DAN PROGRAM ARiS (Amateur Radio in School) SK TIKAM BATU

Image
Tahniah , SK Tikam Batu kerana merupakan sekolah rendah pertama di Malaysia yang mempunyai Kelab Radio Amatur Sendiri.  Tahniah kepada 9W2TGB Mukhtar Hj Hashim sebagai Guru Besar yang berpandangan jauh.  Pihak kami di ARECS akan sentiasa menyokong dan membantu bagi memperkembangkan lagi aktiviti ini. TARIKH : 01 OKTOBER 2017 LOKASI : SK TIKAM BATU #MARTS #ASTRA #KW 44 #ARECS #NATUREC

MKN 20

Image
MKN 20 MKN 20

QRZ.com For ARECS

Image
https://www.qrz.com/db/9M4CCT

CPR

Image

Apa Harus Dilakukan Semasa & Selepas Gempa Bumi

Semasa Gempa Bumi Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Kekal berada di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja, dan meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelongsor dan jatuh. Capai sesuatu seperti kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain untuk melindungi kepala dan muka daripada objek jatuh dan serpihan kaca. Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api kerana ada kemungkinan terdapat kebocoran gas. Padamkan semua api. Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Tinggi Berlindung di bawah meja atau perabot yang teguh. Jauhkan diri daripada tingkap. Jangan tergesa-gesa keluar daripada bangunan. Jangan gunakan lif kerana bekalan kuasa mungkin terputus. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama. Sekiranya Anda Di Luar Bangunan Pindah ke kawasan terbuka dengan ...

Langkah Keselamatan Tsunami

Langkah Keselamatan Tsunami *Tidak semua gempa bumi mengakibatkan tsunami, tetapi kebanyakannya adalah berpotensi menghasilkan gelombang tsunami. Apabila anda mengetahui gempa bumi telah berlaku, bersedialah untuk menerima amaran tsunami. *Tsunami bukannya satu gelombang sahaja tetapi terdiri dari beberapa siri gelombang. Teruskan berada di kawasan yang selamat sehingga pihak-pihak bertanggungjawab mengumumkan keadaan telah benar-benar selamat. *Kehadiran tsunami biasanya didahului dengan air laut yang surut dengan tiba-tiba. Ini adalah tanda-tanda semulajadi terhadap kehadiran tsunami dan perlu diambil perhatian oleh orang ramai. *Gelombang tsunami yang kecil pada suatu kawasan pantai mungkin boleh menjadi sangat besar beberapa meter sahaja darinya. Jangan ambil mudah pada gelombang tsunami yang kelihatan kecil. *Semua amaran tsunami yang dikeluarkan perlu diambil serius oleh orang ramai. Tsunami yang berlaku pada Mei 1960 di Hilo, Hawaii contohnya telah...

TSUNAMI

Apa itu Tsunami? Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut di perlabuhan. Tsunami merupakan suatu siri gelombang besar yang mempunyai jarak gelombang dan jangka masa yang agak panjang. Perbezaan masa di antara setiap puncak gelombang adalah dalam lingkungan kira-kira 10 minit sehingga 1 jam. Biasanya terjadi secara impulsif disebabkan oleh gangguan pada dasar laut. Apabila berlaku perubahan dasar laut secara tiba-tiba atau dasar laut secara tiba-tiba terangkat selepas berlakunya sesuatu gempa bumi, menyebabkan berlakunya tsunami besar. Gempa bumi, tanah runtuh di dasar laut, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Tsunami menunjukkan ciri-ciri yang berbeza apabila merambat pada kawasan laut yang mempunyai kedalaman yang berbeza. Di kawasan laut dalam tsunami boleh bergerak dengan kelajuan melebihi 800 km/jam dan biasanya mempunyai amplitude gelombang hanya dalam beberapa sentimeter. Apabila...
Image

GARIS PANDUAN PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Urbanisasi dan perubahan iklim memberi kesan kepada kita sebagai sebuah negara. Setiap tahun, akibat daripada kesan perubahan iklim, kita menghadapi lebih banyak bencana alam, yang menyebabkan kehidupan dan keselamatan kita berisiko. Di Malaysia, ianya bukan lagi perkara biasa bahawa hujan lebat akan menyebabkan banjir, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar, dan juga pemindahan keluarga dari rumah mereka. Banjir menyebabkan berlakunya gangguan perkhidmatan, kerosakan infrastruktur sedia ada, penyebaran penyakit dan gangguan kepada rutin harian kita. Salah satu cara untuk mengurangkan kerosakan serta risiko adalah dengan membuat persediaan yang cukup. Apa yang diperlukan adalah sedikit komitmen sebagai langkah keselamatan, untuk memastikan bahawa sumber-sumber yang diperlukan ada sewaktu diperlukan. Langkah-langkah persediaan peribadi semasa musim banjir: Sebelum Banjir Sediakan bekas kalis air untuk melindungi barang-barang berharga dan dokumen-dokumen penting. Sek...
Image
Image

QSL Card

Image
Image

Ucapan Selamat Hari Raya

Image

KEMPEN KESELAMATAN BALIK RAYA

Image

JOM ROJAK RAMADHAN

Image
#arecs #naturec #famili #friend #sedapnyerrojak

IFTAR AHLI-AHLI KELAB

Image
#arecs #naturec #iftarclub #sempoinyeriftar

28, 29 DAN 30 APRIL 2017 Misi Bantuan Amal

Image
KONVOI BANTUAN AMAL KEMANUSIAAN BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KRAI (SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA DAN PENDUDUK KAMPUNG BAHAGIA, KUALA KRAI, KELANTAN). Misi Bantuan Amal Kemanusiaan Kg.  Bahagia, K.  Krai, Kelantan bersama PPD K.  Krai, Sekolah Keb.  Kg.  Bahagia, JKM K.  Muda, Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kuala Muda, YEPS, Persatuan Radio Amator Melayu Malaysia (ASTRA), Naturec Club, Northern Amateur Radio Emergency Communication Society (ARECS), TATU Dan lain-lain NGOS pada 28-30/04/2017.