Apa Harus Dilakukan Semasa & Selepas Gempa Bumi

Semasa Gempa Bumi
Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan
Kekal berada di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja, dan meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelongsor dan jatuh.
Capai sesuatu seperti kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain untuk melindungi kepala dan muka daripada objek jatuh dan serpihan kaca.
Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api kerana ada kemungkinan terdapat kebocoran gas.
Padamkan semua api.

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Tinggi
Berlindung di bawah meja atau perabot yang teguh.
Jauhkan diri daripada tingkap.
Jangan tergesa-gesa keluar daripada bangunan.
Jangan gunakan lif kerana bekalan kuasa mungkin terputus.
Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Sekiranya Anda Di Luar Bangunan
Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati. Jauhi diri daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
Berwaspada dengan serpihan binaan yang jatuh.
Jauhi daripada tiang letrik yang jatuh.
Kekal berada di kawasan terbuka sehingga gegaran berhenti

Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan
Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan serpihan lain yang jatuh.

Sekiranya Anda Di Dalam Kedai Yang Sesak
Jangan tergesa-gesa untuk keluar memandangkan kesemua orang akan berpusu-pusu keluar dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Jauhkan diri daripada rak-rak yang terdapat objek-objek yang mungkin jatuh.

Sekiranya Anda Di Dalam Kereta Yang Bergerak
Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti kawasan selamat. Walau bagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau jalan raya bertingkat atau rintangan kabel atau di mana bangunan cenderung untuk runtuh.
Kekal berada di dalam kereta sehingga gegaran berhenti.
Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang berpunca daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar eletrik yang basah atau laluan jalan yang rosak dan berlubang-lubang.

Rujukan: http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/home

Comments

Popular posts from this blog

28, 29 DAN 30 APRIL 2017 Misi Bantuan Amal