GARIS PANDUAN PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Urbanisasi dan perubahan iklim memberi kesan kepada kita sebagai sebuah negara. Setiap tahun, akibat daripada kesan perubahan iklim, kita menghadapi lebih banyak bencana alam, yang menyebabkan kehidupan dan keselamatan kita berisiko. Di Malaysia, ianya bukan lagi perkara biasa bahawa hujan lebat akan menyebabkan banjir, kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar, dan juga pemindahan keluarga dari rumah mereka.

Banjir menyebabkan berlakunya gangguan perkhidmatan, kerosakan infrastruktur sedia ada, penyebaran penyakit dan gangguan kepada rutin harian kita. Salah satu cara untuk mengurangkan kerosakan serta risiko adalah dengan membuat persediaan yang cukup. Apa yang diperlukan adalah sedikit komitmen sebagai langkah keselamatan, untuk memastikan bahawa sumber-sumber yang diperlukan ada sewaktu diperlukan.
Langkah-langkah persediaan peribadi semasa musim banjir:
  • Sebelum Banjir
    • Sediakan bekas kalis air untuk melindungi barang-barang berharga dan dokumen-dokumen penting.
    • Sekiranya perlu, sediakan beg pasir, sebagai penghalang untuk mencegah air daripada mengalir ke dalam rumah anda; letakkan guni pasir ke dalam mangkuk tandas dan lubang longkang di bilik mandi untuk mencegah kumbahan atau sisa air daripada mengalir masuk ke dalam rumah anda.
  • Semasa Banjir:
    • Bersedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
    • Pastikan rumah anda selamat sebelum ditinggalkan dan pastikan perabot serta peralatan elektrik diletakkan di tempat yang lebih tinggi, kosongkan peti sejuk dan biarkan pintunya terbuka untuk mengelakkan kerosakan atau kehilangan akibat terapung.
    • Tanggal atau cabutkan sambungan perkakas elektrik dan gas.
    • Jaga kebersihan diri dengan memastikan air minuman dimasak terlebih dahulu, kerap mencuci tangan dengan sabun, dan lain-lain.
    • Elakkan air banjir - jangan bermain di dalamnya kerana ia mungkin dicemari dengan minyak atau kumbahan mentah, atau mungkin arus elektrik akibat daripada kabel elektrik yang putus. Sampah yang dibawa oleh banjir juga boleh menyebabkan kecederaan.
    • Jika anda perlu mengharungi banjir, bergerak ke arah arus air yang tidak bergerak, pakai kasut yang sesuai dan gunakan tongkat untuk memeriksa kedalaman air serta pastikan ianya adalah selamat untuk diharungi.
    • Elakkan dari longkang dan air pada kedalaman lutut.
    • Jangan memandu ke kawasan banjir - jika kereta anda terperangkap di dalam banjir, tinggalkan kereta dan bergerak ke kawasan yang lebih tinggi dengan selamat. Ini adalah kerana jalan raya yang ditenggelami air berisiko untuk runtuh.
    • Elakkan diri daripada bangunan yang dikelilingi banjir. Sekiranya anda perlu berada di dalam bangunan tersebut, anda haruslah lebih berhati-hati dengan haiwan berbahaya seperti ular atau labah-labah.
    • Jauhkan diri daripada kabel elektrik yang putus.
    • Jangan menggunakan gas atau peralatan elektrik yang telah ditenggelami air.
 Tip-tip mudah sebagai persiapan menghadapi bencana:
  • Ketahui risiko
    • Mengenal pasti sekiranya anda mempunyai risiko bencana alam (banjir, tanah runtuh, dan lain-lain).
    • Mengetahui risiko dengan mengenal pasti bahaya di sekitar rumah dan kawasan sekitar.
    • Kenal pasti tanda-tanda bahaya yang boleh menimbulkan ancaman, menyebabkan gangguan dan lebih cenderung untuk berlaku.
  • Ketahui tanda-tanda amaran
    • Memahami bagaimana tanda-tanda bahaya membolehkan anda untuk mengenalpasti apabila paras bahaya meningkat, dan bila anda perlu ke tempat yang selamat.
  • Sediakan pelan pemindahan
    • Mempunyai pelan yang membolehkan anda ke tempat yang lebih selamat dengan kekeliruan yang minimum.
    • astikan bahawa anda dan ahli keluarga tahu apa yang perlu dilakukan dan di mana untuk pergi sekiranya anda perlu berpindah dengan segera.
    • Rancang tempat pertemuan dan pastikan nombor telefon kecemasan dipamerkan.
  • Sediakan beg siaga
    • Sediakan barang-barang penting untuk diambil oleh anda dan ahli keluarga sekiranya anda perlu dipindahkan (dokumen penting, ubat-ubatan, dan lain-lain).

Comments

Popular posts from this blog

28, 29 DAN 30 APRIL 2017 Misi Bantuan Amal