Posts

Program Kesedaran Awam Mengenai Gempa Bumi Dan Tsunami, Dan Latihan Amali Tsunami 2017, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Image
#ARECS #NATUREC #KW44

MAJLIS PELANCARAN KELAB RADIO AMATUR DAN PROGRAM ARiS (Amateur Radio in School) SK TIKAM BATU

Image
Tahniah , SK Tikam Batu kerana merupakan sekolah rendah pertama di Malaysia yang mempunyai Kelab Radio Amatur Sendiri.  Tahniah kepada 9W2TGB Mukhtar Hj Hashim sebagai Guru Besar yang berpandangan jauh.  Pihak kami di ARECS akan sentiasa menyokong dan membantu bagi memperkembangkan lagi aktiviti ini. TARIKH : 01 OKTOBER 2017 LOKASI : SK TIKAM BATU #MARTS #ASTRA #KW 44 #ARECS #NATUREC

MKN 20

Image
MKN 20 MKN 20

QRZ.com For ARECS

Image
https://www.qrz.com/db/9M4CCT

CPR

Image

Apa Harus Dilakukan Semasa & Selepas Gempa Bumi

Semasa Gempa Bumi Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Kekal berada di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja, dan meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelongsor dan jatuh. Capai sesuatu seperti kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain untuk melindungi kepala dan muka daripada objek jatuh dan serpihan kaca. Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api kerana ada kemungkinan terdapat kebocoran gas. Padamkan semua api. Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Tinggi Berlindung di bawah meja atau perabot yang teguh. Jauhkan diri daripada tingkap. Jangan tergesa-gesa keluar daripada bangunan. Jangan gunakan lif kerana bekalan kuasa mungkin terputus. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama. Sekiranya Anda Di Luar Bangunan Pindah ke kawasan terbuka dengan ...

Langkah Keselamatan Tsunami

Langkah Keselamatan Tsunami *Tidak semua gempa bumi mengakibatkan tsunami, tetapi kebanyakannya adalah berpotensi menghasilkan gelombang tsunami. Apabila anda mengetahui gempa bumi telah berlaku, bersedialah untuk menerima amaran tsunami. *Tsunami bukannya satu gelombang sahaja tetapi terdiri dari beberapa siri gelombang. Teruskan berada di kawasan yang selamat sehingga pihak-pihak bertanggungjawab mengumumkan keadaan telah benar-benar selamat. *Kehadiran tsunami biasanya didahului dengan air laut yang surut dengan tiba-tiba. Ini adalah tanda-tanda semulajadi terhadap kehadiran tsunami dan perlu diambil perhatian oleh orang ramai. *Gelombang tsunami yang kecil pada suatu kawasan pantai mungkin boleh menjadi sangat besar beberapa meter sahaja darinya. Jangan ambil mudah pada gelombang tsunami yang kelihatan kecil. *Semua amaran tsunami yang dikeluarkan perlu diambil serius oleh orang ramai. Tsunami yang berlaku pada Mei 1960 di Hilo, Hawaii contohnya telah...