MATLAMAT PERSATUAN




*Menyediakan perkhidmatan bantuan komunikasi semasa keadaan kecemasan dan bencana alam seperti banjir besar, ribut, kemalangan yang mengancam ramai nyawa, kebakaran besar dan lain-lain kesulitan yang berkaitan dimana apabila sistem komunikasi tidak berfungsi atau terlalu padat kegunaannya.

 *Menghimpunkan peminat-peminat dan pengendali-pengendali radio amatur berlesen ke dalam satu pertubuhan radio amatur yang berdaftar dan mengembling tenaga untuk membantu semasa bencana alam terutamanya yang melibatkan sistem komunikasi.


*Menggalakkan perkembangan am sains dan penggunaan komunikasi radio / satelit dan digital kepada pelajar-pelajar sekolah, kolej, ipt yang terlibat atau tidak dengan badan-badan uniform seperti pengakap dan lain-lain tanpa mengira umur, pangkat atau bangsa.

*Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral kepada ahli-ahli persatuan / kelab dan masyarakat sekeliling.

*Mengeratkan silatulrahim antara ahli-ahli radio amatur secara khasnya di wilayah utara seperti negeri kedah, pulau pinang dan perlis tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

*Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah menerusi aktiviti sains radio amatur.

Comments

Popular posts from this blog

28, 29 DAN 30 APRIL 2017 Misi Bantuan Amal